Rompakan Pulau Sebangkat Tiada Kaitan Dengan 'Warden Notice' - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyangkal andaian kononnya rompakan di Pulau Sebangkat dekat Semporna, Sabah, semalam, ada kaitan dengan "Warden Notice" yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat pada bulan lepas.

"Tidak, ini tiada sebarang kaitan dengannya. Kes ini bukan sepertimana yang diandaikan sesetengah orang...bahawa ia melibatkan orang dari luar Malaysia," katanya kepada pemberita di atas kapal KM Langkawi selepas menyaksikan demonstrasi latihan Maritim Perkasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) di perairan Pulau Pintu Gedung, Pelabuhan Klang.

Dalam kejadian rompakan awal pagi semalam, seorang pengurus dan seorang penyelia sebuah premis pemeliharaan rumpai laut hilang selepas sekumpulan lima lelaki yang menaiki dua buah bot, dua daripadanya bersenjatakan rifel dan seorang lagi bersenjatakan sebilah parang, merompak premis itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Muhyiddin berkata agensi keselamatan seperti polis dan MMEA sedang mengambil tindakan yang perlu.

"Saya percaya agensi-agensi ini memang ada upaya untuk menguruskan hal-hal seperti ini," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim pada sidang akhbar semalam berkata polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan kerana gaji bagi 34 pekerja syarikat itu dijadual dibayar pada hari kejadian.

Beliau juga berkata polis percaya kumpulan itu adalah kumpulan perompak tempatan yang mahu mengaut keuntungan dengan cepat.

Bulan lepas Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengeluarkan "Warden Notice", memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar Sabah.

"Warden Notice" merupakan pemberitahuan rutin yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat kedutaan di seluruh dunia mengenai kemungkinan risiko buat keselamatan pelancong.

Ia bukan nasihat perjalanan atau amaran perjalanan yang boleh dianggap sebagai lebih menyeluruh yang merangkumi ancaman yang lebih serius dan berterusan.

Amaran atau nasihat perjalanan hanya dikeluarkan selepas perbincangan dengan negara terlibat diadakan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan