Penutupan Sementara Lorong Tambah Nilai Touch 'N Go

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways akan menutup semua lorong tambah nilai Touch 'n Go pada 12, 13, 16, 20 dan 21 Februari ini bagi membantu melancarkan operasi di plaza-plaza tol sempena cuti Tahun Baru Cina ini.

Ketua Pegawai PLUS Expressways Berhad Nik Airina Nik Jaffar berkata penutupan itu tidak melibatkan plaza tol Tanjung Kupang, Bangunan Sultan Iskandar dan Bukit Kayu Hitam.

PLUS dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn Bhd akan menyediakan kemudahan Reload 'n Go untuk memudahkan pengguna kad PLUSMiles atau Touch 'n Go menambah nilai kad masing-masing di beberapa kawasan rehat dan hentian sebelah yang utama di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan pada tarikh-tarikh tersebut.

"Kaunter Reload n' Go akan dibuka di 10 kawasan rehat di sepanjang lebuh raya pada lima hari berkenaan serta melanjutkan operasi 35 Pusat Khidmat Pelanggan bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 9 malam pada 12 hingga 21 Februari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Urusan Touch 'n Go Sdn Bhd Hasni Zarina Mohamed Khan berkata kaunter Reload 'n Go dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam untuk kemudahan orang ramai menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka serta mendapatkan unit SmartTAG di kawasan rehat dan hentian sebelah yang terpilih.

Katanya orang ramai juga boleh menambah nilai di pusat tambah nilai terpilih seperti di mesin ATM atau mesin deposit tunai di bank-bank, stesen minyak dan agen-agen tambah nilai terpilih.

PLUS dan Touch 'n Go Sdn Bhd menasihatikan orang ramai supaya menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch 'n Go masing-masing lebih awal sebelum pulang bercuti.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.touchngo.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan