Pemuda Umno Sasar Daftar 120,000 Belia Sebagai Pengundi Ahkir Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT: Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pergerakan Pemuda Umno mensasarkan untuk mendaftarkan 120,000 belia di seluruh negara sebagai pengundi menjelang akhir tahun ini.

Pengerusinya Hisyamuddin Yahya berkata jumlah tersebut merupakan 60 peratus daripada jumlah belia yang telah layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih pada masa ini.

"Pemuda yakin mencapai sasaran terbabit apabila biro berjaya mendaftarkan seramai 27,000 anggotanya sebagai pengundi sejak program pendaftaran pengundi dilancarkan Oktober lepas.

"Untuk memberi rangsangan kepada biro di setiap negeri, kami ada menyediakan hadiah sebanyak RM10,000 kepada negeri yang paling banyak mendaftarkan anggota sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian peralatan sukan kepada Pemuda Umno Zon Tiga Bahagian Parit di sini hari ini.

Hisyamuddin berkata bagi mencapai sasaran itu, setiap cawangan dan bahagian diminta mengadakan pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung memudahkan mereka mengesan belia yang masih belum berdaftar sebagai pemilih. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan