Pembangkang Perlu Terima Keputusan

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah, rakyat dan institusi politik perlu percaya dengan keputusan itu dan menerimanya sebagai jalan menyelesaikan masalah.

"Semua perlu terima keputusan dari mahkamah supaya perjalanan politik Perak lebih stabil dan semua aktiviti pembangunan negeri itu dapat berjalan dengan lancar.

"Cukuplah lebih dua tahun negeri itu bergolak dengan pelbagai masalah politik.

Sudah masanya dengan pengekalan Zambry semua pihak perlu menghentikan semua konflik yang berterusan dan meneruskan dengan agenda yang lebih bermakna untuk kebaikan masyarakat," katanya ketika bercakap kepada mStar Online di sini hari ini.

Mahkamah Persekutuan dekat sini hari ini memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau turut tidak menolak akan berlaku sedikit kekecohan dan bantahan daripada pihak Datuk Seri Nizar Jamaluddin rentetan daripada tuntutan tersebut.

"Itu perkara biasa. Namun secara intelektualnya, ahli politik perlu menerima apa jua keputusan sebagai satu proses demokrasi.

"Kita perlu menghormati demokrasi itu dan mahkamah sebagai jalan tengah dalam menyelesaikan apa jua pertikaian," katanya.

Sementara itu, Abu Hassan menolak tindakan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Norasidi Salim dan 100 ahli yang bertindak meninggalkan parti itu semalam berpunca daripada kes kedua liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kelemahan dalam pimpinan menjadi penyebab utama ramai yang meninggalkan (PKR).

Tambahnya lagi, pimpinan parti menjadi faktor utama mengapa ramai ahli meninggalkan parti.

"Bagi saya keujudan kelemahan dalam kepimpinan, sistem dan ideologi menjadi penyebab utama ramai ahli parti itu meninggalkan PKR," katanya

"Kes liwat melibatkan Anwar bukan menjadi penyebab utama kepada perpecahan itu.

"Saya percaya tindakan mereka keluar parti bukan sebagai satu respon kepada perbicaraan Datuk Seri Anwar.

"Jika difikirkan secara intelektual, perbicaraan itu lebih bersifatkan individu yang tidak melibatkan PKR," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan