Mohd Saiful Buat Laporan Polis Berhubung Ancaman Bunuh

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis hari ini selepas menerima satu e-mel yang mengancam nyawanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul pada pukul 12.25 tengah hari dengan diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idrus.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Saiful berkata tujuan utamanya ialah bagi melindungi dirinya dari sebarang keburukan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menerima ancaman "bunuh".

"Saya mendapat ancaman bunuh tersebut dan ia adalah sangat serius. Saya membuat laporan ini untuk keselamatan saya," katanya.

Mohd Saiful berkata beliau menerima e-mel itu pukul 11 pagi semasa melayari internet melalui komputer ribanya semasa berada di mahkamah dari seorang yang tidak dikenali yang berbunyi "Kepada rakan-rakan sekalian...sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan di mana2 saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat...".

Selain itu, Mohd Saiful berkata sejak dua hari lepas, seseorang telah meletakkan buah-buahan di luar rumah keluarganya d Bandar Utama, Damansara dan beliau percaya ia adalah satu bentuk amalan ilmu hitam.

Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim berkata beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari sejak tiga hari lepas bermula 29 Jan.

"Kebanyakan SMS itu bersifat provokasi dan menakut-nakutkan," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan