Lebih 50 Peratus Belia Ikuti Program Perantis Dapat Kerja

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Lebih 50 peratus belia yang mengikuti program Perantis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun lepas berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan, kata Ketua Penolong Pengarah Cawangan Latihan Luar kementerian itu Daliah Khalid hari ini.

Beliau berkata kebanyakan pelatih yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak dapat melanjutkan pelajaran itu diterima bekerja oleh majikan di tempat mereka menjalani latihan.

"Ini menunjukkan peluang masih luas kepada pelajar yang gagal ke universiti dan mereka tidak boleh dianggap gagal selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Program Perantis Eksplorasi Kerjaya (Perantis) 2009, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi program itu pelatih dihantar oleh pihak jabatan mengikuti latihan di syarikat-syarkat berhampiran tempat tinggal mereka.

"Pelatih dibayar elaun bulanan sebanyak RM300 dan majikan diberi elaun pengurusan sebanyak RM200 sebulan oleh jabatan," katanya.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan program latihan dan belia yang mengikuti latihan di syarikat berkenaan boleh memohon bantuan jabatan.

Tahun lepas seramai 3,200 belia mengikuti program Perantis itu di seluruh negara, sementara 5,810 orang lagi mengikuti latihan yang dianjurkan syarikat swasta.

Beliau berkata pelatih yang telah menamatkan latihan juga diberi peluang mengikuti pengajian peringkat ijazah di Institut Kemahiran Belia Negara di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan