Keputusan Kerajaan Lulus Pekerja Asing Kerana Ekonomi Pulih - Subramaniam

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Keputusan kerajaan meluluskan permohonan 100,000 pekerja asing baru untuk bekerja di negara ini dalam tempoh lima bulan lepas adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai syarikat pembuatan berikutan pemulihan ekonomi dunia hujung tahun lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata ini kerana kebanyakan kilang berkenaan telah mengurangkan tenaga kerja mereka semasa krisis ekonomi dengan menghantar pulang pekerja asing ke negara asal masing-masing.

"Tetapi apabila ekonomi pulih semula, kilang memerlukan tenaga kerja semula dan mereka mohon kepada kerajaan, dan semasa itu kerajaan telah memberi kelulusan supaya mereka boleh beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Labu dekat sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan ketika itu kira-kira 600,000 daripada 2.2 juta pekerja asing telah dihantar pulang ke negara asal. Subramaniam turut menegaskan keputusan kerajaan itu tidak menjejaskan komitmen untuk mengurangkan pekerja asing di negara ini namun tindakan itu perlu dilaksana secara berperingkat.

"Tapi kalau kita tiba-tiba menghentikan pengambilan pekerja asing, itu akan mengakibatkan kilang ini tidak boleh meneruskan perniagaan mereka. Jadi, kita kena ambil kira perkara ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai faktor seperti pelaburan asing, kebolehan untuk mewujudkan peluang pekerjaan rakyat tempatan dan peluang untuk khidmat sokongan.

"Itulah sebabnya kerajaan semasa menangani isu ini, walaupun dasar kita untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing tetapi ini kena dibuat secara berhati-hati agar tidak menggugat isu-isu lain," katanya.

Beliau berkata pengambilan 100,000 pekerja asing baru itu tidak melibatkan warga Bangladesh yang masih dibekukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan