Jangan Terlibat Kegiatan Politik Tidak Hormati Keputusan Mahkamah - Najib

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Perak akan menumpukan kepada usaha pembangunan negeri itu dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan politik yang dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Perdana Menteri berkata sudah sampai masanya, semua pihak memberi tumpuan dan peluang kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menunjukkan kemampuannya bagi membela rakyat dan membangunkan negeri itu.

"Alhamdulillah, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi sekali dalam sistem kehakiman kita, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan bentuk kerajaan di Perak sudahpun muktamad.

"Saya berharap keputusan ini bererti isu ini sudah pun selesai sepenuhnya dan tidak wajar dan tidak patut sesiapa pun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung dengan kesahihan kerajaan Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corporation of China Limited untuk membangunkan kilang peleburan aluminium di Samalaju Industrial Park di Bintulu, Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata semua pihak patut menerima hakikat berhubung keputusan mahkamah tertinggi itu walaupun mereka yang kalah mungkin mempunyai pandangan yang berlainan.

Najib berkata pada masa ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak hendak menumpukan kepada usaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata apa jua isu berkaitan pentadbiran kerajaan BN Perak boleh ditimbulkan apabila tiba pilihan raya umum akan datang.

"Apabila sampai pada masanya iaitu pilihan raya umum, rakyat boleh membuat penilaian yang sebenarnya. Sekarang bukan masa untuk kita berarak sana sini atau mengadakan perhimpunan di luar ke atau di bawah pokok atau di mana-mana pun... tidak perlu.

"Hanya tunggu masa pilihan raya umum nanti kalau rasa hendak buat apa-apa keputusan...pilihan raya masa yang sewajarnya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan