Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan Diletakkan Di Bahu Jalan

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan atau lebuh raya yang menjadi punca berlakunya kemalangan dahsyat seperti yang berlaku di KM252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban semalam yang mengorbankan enam beranak.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata, sejak kebelakangan ini terdapat lori yang diletakkan di bahu jalan atas pelbagai sebab termasuk rosak dan ini amat membahayakan pengguna lebuh raya terutamanya pada waktu malam.

"Pada waktu malam, pengguna lebuh raya kerap menganggap bahawa kenderaan berat yang berhenti di tepi jalan bergerak tetapi hakikatnya ia tidak bergerak dan ini merupakan punca berlakunya nahas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Hamdan mengulas kejadian semalam melibatkan enam sekeluarga maut dan mayat mereka rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada pukul 1.30 pagi.

Sebubungan itu, katanya peraturan terhadap kenderaan yang diletakkan di tepi lebuh raya terutamanya kenderaan berat perlu diperketatkan termasuk mewajibkan papan tanda kecemasan diletakkan 100 meter dari kenderaan yang rosak dan mudah dilihat oleh pengguna lebuh raya yang lain.

"Ini perlu mengelakkan kejadian rempuhan oleh kenderaan yang bergerak terutama apabila jumlah kenderaan yang meningkat di lebuh raya menjelang musim perayaan," katanya.

Di samping itu, katanya, pemandu kenderaan juga hendaklah mengurangkan kelajuan kenderaan apabila terlihat tanda amaran yang diletakkan di bahu lebuh raya.

Mohd Hamdan juga meminta syarikat konsesi lebuh raya seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta polis mempertingkatkan rondaan dan memastikan kenderaan berat yang rosak tidak dibiarkan terus berada di bahu lebuh raya tetapi hendaklah ditunda ke tempat yang selamat secepat mungkin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan