Tiga Komponen Perlu Untuk Pastikan Kejayaan Malaysia - Najib

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata modal insan, modal swasta dan modal sosial, sangat penting bagi memastikan kejayaan Model Ekonomi Baharu (MEB), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11 serta Wawasan 2020.

Perdana Menteri berkata tanpa ketiga-tiga komponen ini, hasrat negara itu tidak akan tercapai.

Beliau berkata MEB, dengan kerangka kerjanya dijangka dilancarkan pada akhir bulan depan, dan dua Rancangan Malaysia itu merupakan faktor penolak akhir untuk mencapai wawasan 2020 yang bermatlamat meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai negara maju.

"Ada tiga komponen yang sangat penting yang tidak ada cara lain yang boleh kita capai cita-cita kita tanpanya," katanya dalam ucapan semasa melancarkan Persidangan Ekonomi 1Malaysia "Model Ekonomi Baharu 1Malaysia" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustian Cina Malaysia (ACCCIM).

Mengulas pandangan beliau itu, Najib berkata modal insan merupakan antara elemen yang paling penting dalam memacu ekonomi, namun berkata beliau tidak merujuk secara eksklusif mengenai pendidikan formal, walaupun ia mungkin sangat kritikal.

"Namun kita wajar melihat modal insan secara lebih menyeluruh dan holistik.

"Majikan dalam sektor awam dan swasta, mesti menyediakan peluang untuk pekerja masing-masing menguasai kemahiran dan teras kecekapan," katanya.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata beliau memperakui bahawa usaha itu memerlukan pelaburan wang dan masa yang banyak, namun menegaskan jika syarikat bersedia melabur untuk pekerja masing-masing, pulangannya dari segi keuntungan jualan dan kelestarian, adalah sangat besar.

Menurut Najib, sistem pengurusan dan organisasi serta kaedah juga perlu memenuhi aspirasi dan jangkaan pekerja.

"Kita tidak boleh semata-mata memberi arahan dan mengawal pekerja yang hanya menerima arahan.

"Kita mesti menggalakkan inovasi, ciptaan dan keusahawanan," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan