Rakyat Hendaklah Terima Keputusan Mahkamah Persekutuan Dengan Tenang

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rakyat hendaklah menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dengan kedudukan Menteri Besar Perak dengan tenang.

"Kita sebagai rakyat harus bertenang apabila menerima keputusan hakim itu esok. Oleh kerana itu adalah fungsi keadilan kita, jadi kita tidak harus menterjemahkan keputusan itu sekiranya tidak menepati perasaan kita kepada perbuatan yang kasar atau mengkasari atau mewujudkan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara kita," katanya kepada pemberita selepas majlis Sepetang Bersama Pemimpin di Titi dekat sini, hari ini.

Esok, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-PAS, mendapat semula jawatan itu.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, berkata keputusan mahkamah adalah keputusan penghakiman dan rakyat harus akur terhadap apa jua keputusan.

Sementara itu, Rais berkata kementerian akan menganjurkan sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina di Pandamaran, Klang pada 20 Feb ini.

Katanya program ini lebih menegaskan kepada kebajikan, persahabatan di samping menjalin silaturrahim.

"Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta para pemimpin Cina akan menghadiri program tersebut.

"Pada program kali ini terdapat kelainan di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan pergi rumah ke rumah. Di situ kita akan mengamalkan minum teh petang, di samping memberi bantuan seperti komputer, makanan dan kewangan kepada masyarakat sekitar," katanya.

Rais berkata program sambutan kali ini akan menunjukkan asas kebudayaan kaum dan berbeza daripada sebelum ini yang menumpukan hiburan dan persembahan pentas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan