Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 Juta

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jika penduduk dan pemilik tanah di Kampung Baru menerima konsep pembangunan semula Kampung Baru yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah sedai ada di situ tidak perlu berpindah ke tempat lain seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam, mereka bakal bergelar jutawan.
Jika penduduk dan pemilik tanah di Kampung Baru menerima konsep pembangunan semula Kampung Baru yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah sedai ada di situ tidak perlu berpindah ke tempat lain seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam, mereka bakal bergelar jutawan.

KUALA LUMPUR: Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.

"Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi. Tapi terpulang kepada mereka. Kalau ada jugak pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.

Raja Nong Chik menasihatkan pemilik dan penduduk Kampung Baru supaya menerima cadangan kerajaan itu kerana ia membawa manfaat kepada mereka.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Najib juga turut berjanji kepada penduduk Kampung Baru bahawa kebajikan mereka akan dipelihara.

Raja Nong Chik berkat,a beliau akan menyediakan kertas Kabinet mengenai pembangunan semula Kampung Baru dalam masa terdekat, dan jika jemaah menteri bersetuju beliau akan mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung itu sebelum melaksanakannya.

"Apabila berdialog dengan penduduk, mereka akan bagi maklum balas dan kita akan mengubah apa-apa yang perlu," kata beliau.

Terdahulu dalam ucapannya Raja Nong Chik berkata pertandingan debat di universiti perlu diteruskan kerana ia adalah satu daripada platform untuk melahirkan pemimpin negara pada masa hadapan.

Pertandingan anjuran Universiti Malaya yang disertai 12 universiti itu menyaksikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjuarai pertandingan manakala Universiti Multimedia, Cyberjaya mendapat tempat kedua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan