Pejabat Sultan Selangor, Pejabat Pertama Dianugerah Sijil ISO 9001:2008

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah hari ini mencatat sejarah menjadi pejabat pertama yang seumpamanya mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi pengurusan dan pengendalian Istana daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pensijilan itu diberikan untuk tiga aspek utama organisasi Istana Alam Shah pengurusan hal ehwal pentadbiran dan santapan Sultan Selangor; pengurusan pentadbiran serta pengurusan adat Istiadat Istana Alam Shah.

Pejabat Sultan Selangor dianugerahkan pensijilan berprestij itu setelah diaudit oleh dua pegawai SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 23 dan 24 Dis lepas.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pensijilan ISO itu daripada Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Yahaya Ahmad pada satu majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah di sini.

Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Selangor, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj.

Dalam ucapannya, Zakaria berkata, dengan penganugerahan ISO itu, pentadbiran dan pengurusan Istana Alam Shah adalah setanding dengan organisasi kerajaan ataupun swasta yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Penganugerahan ini sekaligus menafikan tanggapan yang menyatakan bahawa pentadbiran Istana selama ini hanya menjalankan tugas dengan berselindung di atas titah Tuanku tanpa mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Yahaya berkata, sehingga kini, 4,793 syarikat dan organisasi di Malaysia telah menerima pensijilan ISO 9001, satu piawaian yang menentukan komponen khusus sistem pengurusan bermutu.

Proses audit memastikan organisasi atau syarikat berkenaan mempunyai sistem diperlukan bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan sentiasa memenuhi piawaian ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan