Parti Pakatan Di Pulau Pinang Hadapi Keretakan Serius

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang menunjukkan keretakan serius berlaku dalam parti pakatan DAP-PKR-PAS, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Pertahanan, berkata krisis ini menunjukkan bahawa gabungan pembangkang tidak mempunyai satu persefahaman khususnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak ingin campur tangan dalam pertelingkahan mereka ini tetapi krisis ini telah dibukti benar selepas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tampil untuk membongkarkan situasi sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Mesra bersama Menteri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Parlimen Bukit Mertajam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Bukit Teh di sini Ahad.

Ahmad Zahid menggesa rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan parti pakatan memandangkan tiada sebarang perubahan berlaku sejak negeri itu ditabdir Lim Guan Eng.

"Rakyat harus bijak membuat perbandingan dan memandangkan keadaan pentadbiran sedemikian, Kerajaan Pulau Pinang harus diberikan balasan dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mengenai dakwaan Ketua Menteri bahawa orang Melayu negeri dapat berdiri dan berjaya tanpa Umno, Ahmad Zahid berkata : "DAP harus mempunyai kemampuan untuk membuktikan bahawa parti itu dapat membela nasib orang Pulau Pinang khususnya orang Melayu."

Tindakan kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu membuktikan bahawa pentadbiran negeri di bawah parti pakatan tidak menunaikan janji pilihan raya 2008 untuk membela nasib rakyat berpendapatan rendah.

"Kita faham ada peraturan untuk mengambil tindakan terhadap gerai-gerai tanpa lesen, tetapi tentulah ada budi bicara dan rasa belas kasihan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan Pulau Pinang mempunyai perancangan untuk membantu semua kaum, tentu Zahrain tidak akan menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan