Laporan Siasatan Tragedi Perahu Naga Dikemuka Pada Pihak Pendakwaan

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Laporan siasatan mengenai kejadian perahu naga terbalik di pantai Lebuh Macallum, dekat sini pada 17 Januari lepas yang menyebabkan enam orang terkorban telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan negeri, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.

"Kami telah kemukakan laporan siasatan kepada pihak pendakwaan negeri dan difahamkan laporan ini akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Dalam laporan itu, polis mencadangkan inkues dilakukan untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemakaian pangkat Asisten Komisioner kepada Supritendan Gan Kong Meng di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam melakukan siasatan itu, polis merakamkan percakapan 26 orang saksi yang termasuk pasukan penyelamat, pihak sekolah, penganjur dan Jabatan Pelajaran.

"Siasatan ini tertakluk kepada apa juga penghalusan oleh pihak pendakwaan dan mungkin mereka memerlukan maklumat tambahan yang lain, kita bersedia untuk bertindak kepada apa juga arahan yang dikeluarkan," katanya.

Pada 17 Januari lepas, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling di sini lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di perairan dekat Lebuh Macallum di sini.

Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini.

Seramai 12 pelajar lain terselamat dengan berenang dan dibantu oleh bot-bot berhampiran di tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan