JPJ Sarawak Kutip RM5.5 Juta Kompaun, Saman Tahun Lepas

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengutip kira-kira RM5.5 juta kompaun dan saman tahun lepas daripada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Pengarahnya, Abdul Hamid Akob berkata, kesalahan tidak memiliki lesen memandu mencatat kes paling tinggi dengan kira-kira 14,000 saman dikeluarkan, cukai jalan tamat tempoh (7,000), tidak menggunakan tali pinggang keselamatan (2,700) dan cermin gelap (2,000).

"Saman dan kompaun yang dikeluarkan juga untuk kesalahan yang boleh mendatangkan kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain seperti melanggar lampu merah, memandu laju, memotong di garisan berkembar dan memandu secara berbahaya seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sempena sambutan Tahun Baru Cina, JPJ Sarawak akan meningkatkan operasi penguatkuasaan di tiga zon utama iaitu Kuching, Sibu dan Miri termasuk pemantauan khas pengangkutan awam seperti bas, teksi dan van sewa daripada anggota yang berpakaian biasa.

"Kami turut meningkatkan pemeriksaan di setiap depoh bas untuk memastikan syarikat bas yang beroperasi mematuhi peraturan seperti menggunakan tayar yang ditetapkan tahap piawaiannya selain pemeriksaan sistem brek serta buku log pemandu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan