IPT Tempatan Perlu Sentiasa Pertingkat Mutu Sedia Ada

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan disaran mempertingkatkan mutu dan kemudahan serta mendapatkan akreditasi daripada badan-badan antarabangsa selain Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menyambung pelajaran dalam negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA Datuk Syed Ahmad Hussein, jabatannya mahu kesedaran itu timbul dengan sendiri agar institusi-institusi pengajian tempatan dan berkembang dan membaiki kelemahan yang ada tanpa perlu dipantau selalu.

“Ini penting agar sesetu kursus itu diiktiraf dalam sektor swasta dan kerajaan sekali gus mewujudkan keyakinkan orang ramai terhadap IPT swasta dalam negara di samping menawarkan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti tinggi setimpal dengan wang yang dibayar,” katanya kepada mStar Online dalam satu perjumpaan eksklusif di pejabatnya baru-baru ini.

Tambahnya, sehingga 27 Januari 2010, MQA telah mengakreditasi 2650 kursus yang ditawarkan oleh 327 buah IPT swasta.

Manakala untuk IPT awam termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti pula, terdapat kira-kira 24 buah institusi yang menawarkan 1150 kursus yang telah diakreditasi oleh badan tersebut.

Beliau menegaskan, MQA berperanan sebagai sebuah badan yang memberi akreditasi bagi memastikan sesebuah IPT itu menawarkan kursus berkualiti.

“Kami memberi perakuan akreditasi kepada institusi pendidikan yang memohon kepada kami.

“Bagaimanapun tidak semestinya kurus yang disediakan oleh sebuah institusi pendidikan swasta perlu ada akreditasi dari MQA tetapi hendaklah mereka sentiasa menaik taraf kualiti serta suasana pembelajaran,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata terdapat beberapa buah institusi pendidikan swasta dalam negara yang sudah lama beroperasi dan telah meraih keyakinan di kalangan penduduk tempatan dan luar negara.

“Mereka telah pun menempa nama dalam industri pendidikan dan orang ramai tidak ragu-ragu untuk belajar di sana kerana mereka tahu institusi tersebut menawarkan kursus serta suasana pendidikan yang memuaskan.

“Kalau boleh pada masa akan datang, MQA mahukan sektor pendidikan dalam negara diiktiraf bagaikan Universiti Harvard atau Universiti Yale yang terkenal kerana kualiti pendidikan,” ujarnya.

Menurut beliau ramai ibu bapa serta pelajar sedia maklum mengenai peranan MQA dan bertanya mengenainya apabila ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke institusi-institusi pengajian tinggi swasta khususnnya.

“Ini penting agar institusi-institusi pengajian tinggi yang banyak didirikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan itu menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang baik.

“Secara tidak langsung, ini juga menggalakkan industri pendidikan dalam negara,” katanya.

Sementara itu, MQA juga sedang berbincang dengan badan seumpamanya di Australia iaitu Australian Quality Assurance (Auqa) agar semua kursus yang diakreditasi oleh badan tersebut di negara itu juga diiktiraf oleh MQA di Malaysia dan sebaliknya.

“Ini masih lagi di peringkat perbincangan dan diharap kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam sektor pendidikan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan