Cadangan Bina Sekolah Menengah Kuala Betis Untuk Anak Orang Asli Dipertimbangkan - Dr Mohd Puad

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kementerian Pelajaran akan menimbang sebaik mungkin permintaan masyarakat Orang Asli supaya kerajaan membina sebuah sekolah menengah di Kampung Kuala Betis bagi memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah dengan jarak yang lebih dekat.

Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata permintaan itu akan dibincangkan pada mesyuarat kementerian akan datang bagi membolehkan cadangan pembinaan sekolah menengah di kampung terbabit dapat dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Apapun kita rasa bangga dengan minat kaum Orang Asli sejak kebelakangan ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah sehingga mencadangkan kepada kerajaan membina sebuah sekolah menengah di Kampung Kuala Betis.

"Nampaknya fikiran mereka sudah banyak berubah dan kita juga dimaklumkan pelajar anak Orang Asli di Kelantan terus bertambah setiap tahun hingga memerlukan pertambahan bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Balar, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata cadangan pembinaan sekolah menengah itu dibuat kerana masyarakat orang asli di perkampungan itu tidak mahu anak mereka di hantar ke sekolah lain yang jauh dan menimbulkan masalah untuk berulang-alik.

Mohd Puad berkata buat masa ini pelajar-pelajar Orang Asli dari kampung pedalaman Hulu Kelantan dihantar ke sekolah menengah di merata tempat berikutan belum ada sekolah seumpama itu berhampiran perkampungan mereka.

"Saya percaya kerajaanboleh menimbangkan keperluan sekolah menengah di kampung terbabit supaya dapat memberi peluang kepada pelajar orang asli melanjutkan pelajaran," katanya.

Menurutnya SK Pos Balar juga sudah tidak dapat menampung keperluan pelajar anak Orang Asli yang bertambah dari kira-kira 100 murid kepada 315 orang tahun ini.

Beliau berkata, keperluan bilik darjah di sekolah itu akan diberikan perhatian kerana pihak kementerian memandang secara positif kemajuan dan perubahan minat masyarakat Orang Asli menghantar anak mereka ke sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan