Bomba Sandakan Terima 10 Panggilan Palsu

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Balai Bomba dan Penyelamat di sini menerima 10 panggilan palsu sepanjang tahun lepas dan laporan polis mengenainya telah dibuat untuk mengesan individu yang terlibat.

Penguasa Bomba Zon Sandakan, Alias Abu berkata, panggilan palsu itu diterima melalui talian kecemasan 999 dan golongan yang membuat panggilan itu terdiri daripada orang dewasa serta kanak-kanak.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan terhadap individu yang membuat panggilan palsu itu dan laporan polis yang dibuat itu adalah prosedur yang dilakukan untuk mengesan pemanggil.

"Biarpun belum ada sebarang tangkapan dilakukan terhadap mereka yang membuat panggilan palsu di daerah ini tetapi jika terdapat peningkatan pada tahun ini, kita akan meminta pihak polis mengambil tindakan tegas untuk mengesan individu yang terlibat," katanya.

Ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan di sini hari ini, Alias berkata, pihaknya kesal kerana masih menerima panggilan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, ada di antara panggilan palsu itu melaporkan kes kebakaran menyebabkan anggota bersama jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan dan ini sudah tentu mengganggu tugas anggota bomba.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak RM328 juta harta benda dan bangunan berjaya diselamatkan dari 191 kes kebakaran yang dilaporkan sepanjang tahun lepas, dengan jumlah kerugian membabitkan RM27 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan