20 Peratus Syarikat Tidak Carum Perkeso Pada 2009

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 peratus syarikat swasta dan badan berkanun masih tidak mencarum di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sepanjang tahun 2009, kata Ketua Eksekutifnya, K. Selvarajah.

Sehubungan itu, beliau meminta majikan yang masih enggan mencarum supaya berbuat demikian bagi mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

"Majikan yang ingkar boleh didenda RM10,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Keselamatan Pekerja," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek Pengurusan Mayat Perkeso sebanyak RM1,500 kepada ibu bapa Tan Chun Kee di rumahnya di sini hari ini.

Tan, 25, yang sebelum ini bertugas di sebuah bank meninggal dunia pada 9 Jan lepas di Hospital Kuala Lumpur akibat kesan tikaman di bahagian dada.

Ibu bapa Tan akan menerima faedah pencen Penakat sebanyak RM524.70 sebulan sepanjang hayat.

Selvarajah berkata, bilangan penerima faedah pencen Penakat setakat November tahun lalu ialah 158,132 orang dengan peruntukan sebanyak RM410 juta.

Pada tahun 2008, Perkeso mengeluarkan RM399 juta kepada 145,178 orang di bawah faedah pencen Penakat, iaitu bayaran yang diberi kepada orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan