1,345 Syarikat Pemaju Disenarai Hitam

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Sebanyak 1,345 syarikat pemaju dan lebih 5,000 pengarah syarikat berkenaan disenarai hitam kerana terlibat dalam projek-projek perumahan bermasalah sehingga kini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, ia bukan sahaja melibatkan projek perumahan terbengkalai tetapi juga projek-projek yang gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, banyak pemaju didenda kerana tidak mematuhi Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 termasuk tidak membuat laporan mengikut jadual, seperti laporan pembinaan yang perlu dilakukan setiap enam bulan, katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan Putra Intan Kondominium yang terbengkalai, di sini hari ini.

Projek itu, yang sepatutnya siap tahun 2005 kini diambil alih oleh pemaju penyelamat dan dijadual dapat disiapkan dalam tempoh lapan bulan lagi.

Kong berkata, setakat ini terdapat 135 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, bagaimanapun hampir separuh daripada projek berkenaan sedang dipulihkan melalui pemaju penyelamat.

Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan lebih 18,000 projek perumahan yang sedang diusahakan, namun ia melibatkan ramai pembeli rumah dan ia tidak adil untuk mereka.

"Semua pemaju perumahan bila mereka memulakan sesuatu projek itu adalah perniagaan mereka, jadi mereka perlu faham tanggungjawab mereka sebagai seorang pemaju dan perjanjian antara pemaju dan pembeli perlu diikuti khasnya jadual siap rumah perlu ikut masa yang ditetapkan," katanya.

Kong berkata, kerajaan, yang menggalakkan syarikat-syarikat perumahan menggunakan konsep bina dan jual untuk melindungi pembeli, sedar tidak semua syarikat pemaju mampu menggunapakai konsep itu.

"Jika kita melaksanakan sistem bina dan jual 100 peratus, pasaran hartanah hanya akan terbatas kepada kontraktor besar, yang akhirnya akan menimbulkan satu keadaan yang membolehkan mereka mempengaruhi pasaran dan ini tidak baik untuk pembeli. Kita mempunyai dasar ekonomi terbuka yang tidak boleh mengenepikan pengusaha baru hartanah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan