Syarikat Akhbar Kebangsaan Perlu Peka Sensitiviti Kaum Di Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Syarikat akhbar kebangsaan yang bercadang untuk mengembangkan operasi mereka ke negeri ini diingatkan supaya lebih peka terhadap sensitiviti sosial dan politik Sarawak serta tidak menimbulkan masalah perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata persaingan dalam industri media perlu dilihat daripada sudut yang positif, namun pihak luar atau individu yang memainkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kekacauan dan suasana yang tidak harmoni, tidak digalakkan di negeri ini.

"Penggiat media perlu membantu kerajaan untuk memelihara keamanan dan keharmonian kaum melalui laporan-laporan berita yang bertanggungjawab. Kita perlu tegakkan kebenaran dan tidak menjadikan khabar angin sebagai sumber berita kita," katanya pada majlis perhimpunan sempena Tahun Baru Cina Persatuan Wartawan-wartawan bahagian Kuching (KDJA) di sini semalam.

Katanya rancangan sebuah syarikat akhbar harian dari Semenanjung untuk memgembangkan operasinya di Sarawak perlu dijadikan satu peringatan kepada syarikat akhbar tempatan untuk memperbaiki terma dan syarat yang ditawarkan kepada pekerja mereka, selain memberikan peluang yang luas kepada wartawan-wartawan mereka mengembangkan profesion atau kerjaya mereka.

Menurutnya wartawan tempatan juga perlu memanfaatkan laman web sosial seperti Facebook, Twitter atau blog sendiri seiring dengan pembangunan teknologi maklumat, khususnya internet.

"Melalui jaringan media sosial ini, seseorang wartawan mempunyai kelebihannya sendiri dan dapat merasai nadi kehidupan masyarakat yang menjadi fokusnya," katanya sambil menasihatkan para wartawan perlu bijak berhubung perkara itu dan tidak memuatkan segala yang terdapat di internet yang tidak bernilai.

Katanya dalam menyebarkan berita dan maklumat yang kritikal agar orang ramai mendapat maklumat yang sebenar, adalah penting bagi pihak media memahami kekuatannya untuk mempengaruh dan membentuk masyarakat mereka.

Menurutya media perlu menyedari berita yang disampaikan kini semakin luas kerana sesebuah akhbar tempatan hanya memaparkan berita tempatan sahaja tetapi bilangan pembacanya merentasi sempadan dan tidak terbatas disebabkan oleh internet. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan