Muzakarah Dengan Umno: PAS Akan Nyatakan Pendirian

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS dijangka membincangkan pendirian sebenar parti itu berhubung tawaran terbaru untuk berbincang dengan Umno dalam usaha menegakkan kepentingan umat dan agama Islam di negara ini pada mesyuarat bulanan kepimpinan PAS Pusat Ahad depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan PAS Pusat akan meneliti perkara berkenaan secara terpeinci bagi mengelakkan salah faham oleh banyak pihak.

"Ahad depan InsyaAllah kita ada mesyuarat bulanan, kemungkinan kita akan bincang mengenai kedudukan sebenar mengenai perkara ini," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, perbincangan mengenainya juga bergantung sekiranya isu berkenaan dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Perkara ini kami pun tidak tahu secara mendalam, saya sendiri pun tahu melalui laporan media.

"Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Datuk Nik Aziz, hanya beliau sahaja yang tahu... jadi kalau beliau bangkitkan dalam mesyuarat itu nanti kita boleh dapatkan maklumat lanjut," tambahnya.

Khamis lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mencadangkan PAS dan Umno duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

Umno sebelum ini pernah menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan PAS mengenai kepentingan umat Islam selepas idea mengenainya dicetuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti itu tahun lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada Nik Abdul Aziz sehingga beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membincangkan isu itu, dan akhirnya PAS terpaksa akur sebelum hasrat berkenaan dibatalkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz menegaskan isu perbincangan mengenai kepentingan umat Islam seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin veteran PAS itu tiada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Saya ingin jelaskan isu ini tak ada kaitan langsung dengan kerajaan perpaduan... isu itu dah lama kita tutup buku.

"Ini adalah isu yang melibatkan kepentingan agama, apa yang saya faham perbincangan yang ingin diadakan itu ialah untuk menjelaskan kepada Umno mengenai maksud perjuangan Islam yang sebenar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan