Melayu Harus Kukuhkan Perpaduan Untuk Pertahan Hak Mereka

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Kaum Melayu seharusnya mengukuhkan perpaduan untuk mempertahankan hak mereka atau ditindas jika bertelagah sesama sendiri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata perpaduan bangsa Melayu boleh dicapai melalui pengukuhan nilai-nilai kenegaraan, budaya dan pendirian mereka.

"Sebagai satu bangsa seagama, tiada sebab mereka tidak boleh bersatupadu," katanya berucap merasmikan program Sepakat Bestari 1Malaysia peringkat daerah Pendang anjuran Jabatan Penerangan Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Charok Kudong, di sini, hari ini.

Menurutnya program tersebut diperkenalkan kerana ia menyentuh jiwa rakyat selain nilai-nilai murninya dapat membantu memupuk perpaduan dan hala tuju bangsa Malaysia.

Pada majlis itu, Rais mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 bagi membina bilik guru SK Charok Kudong dan hadiah kepada pelajar sekolah itu yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Beliau turut menyumbang komputer kepada Komuniti Bestari Mukim Guar Kepayang dan SK Charok Kudong manakala isterinya Datin Seri Masnah Rais menyampaikan beg sekolah kepada 30 murid sekolah tersebut serta bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 seorang kepada 30 penerima.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Murad dan Ketua Umno bahagian Pendang, Datuk Paduka Rozai Safian adalah antara 2,000 orang yang hadir pada majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan