Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Nafi Keluar Parti

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), Loh Gwo Burne hari ini menafikan beliau akan meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai mana-mana parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"Sejak seminggu lalu banyak khabar angin yang mengatakan ada ahli Parlimen PR akan keluar parti dan menyertai BN.

"Saya ingin tegaskan bahawa semua spekulasi dan tuduhan ini tidak benar sama sekali. Saya tidak akan meninggalkan PR atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya pada sidang media di pusat khidmat masyarakat kawasan Kelana Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dalam sebuah akhbar tempatan yang meminta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menarik semula kenyataan yang mendakwa empat anggota PR akan melompat parti untuk menyertai BN dalam tempoh 20 hari.

Ooi yang juga wakil rakyat DAP itu didakwa menamakan empat Ahli Parlimen PR yang akan melompat berkenaan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng serta dua ahli Parlimen PKR daripada negeri lain akan keluar daripada parti itu.

Akhbar tempatan itu turut mendakwa bahawa selain Wee, Loh juga bakal meninggalkan PKR dan menyertai BN.

Loh yang juga wakil rakyat PKR bagi kawasan berkenaan berkata, beliau tidak akan meninggalkan parti itu ketika ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

"Saya menjadi Ahli Parlimen dan menyertai PKR atas permintaan Anwar. Pada waktu beliau memerlukan sokongan semua pihak, saya tidak akan meninggalkannya," katanya.

"Laporan itu dibuat untuk menunjukkan seolah-olah Ooi yang membuat kenyataan tersebut sedangkan hakikatnya beliau tidak berkata sedemikian.

"Ini kerana saya telah menghubungi pihak akhbar itu bagi memohon penjelasan daripada mereka," katanya.

Loh turut menggesa pemimpin-pemimpin PR mengetepikan ego dan menghentikan pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti itu agar mereka dapat merealisasikan matlamat dan aspirasi rakyat untuk membawa agenda perubahan kepada Malaysia.

"Saya percaya dakwaan dan spekulasi yang wujud ini disebabkan oleh ego sesetengah pemimpin-pemimpin PR ini.

"Jadi saya ingin menyeru semua pemimpin PR tidak kira sama ada daripada DAP, PKR mahupun PAS supaya mengetepikan ego mereka dan membuang sikap kebudak-budakan serta bersikap matang dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

"Kita perlu ketepikan ego masing-masing dan letakkan matlamat untuk memajukan negara seperti yang kita lakukan sebelum Mac 2008," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan