Shahrizat Kutuk Suami Zalimi Isteri

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengutuk perbuatan kejam mana-mana suami yang menzalimi isteri masing-masing.

Shahrizat yang memandang serius insiden keganasan rumah tangga berkata jenayah seperti tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pihak dan meminta polis menjalankan siasatan dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan mangsa keganasan rumah tangga Noor Shamila Abd Majid, 34, yang merupakan ibu kepada empat anak perempuan dan sedang hamil lima bulan, kini kehilangan jari telunjuknya akibat ditetak oleh suaminya yang panas baran menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kejadian di rumahnya di Ampang, Rabu lalu.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa perbuatan ini merupakan satu jenayah yang terkutuk dan tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat sekalipun," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Skuad Sayang Wanita Umno Datin Reny Rahayu Mohd Ishak berkata Wanita Umno sedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh mangsa dan empat orang anaknya yang kini tinggal dengan ibu mangsa di Sungai Buloh.

"Kami sedia menghulurkan sebarang bantuan kepada mangsa, dan akan menghantar anak-anak mangsa ke kelas bimbingan kaunseling untuk memulihkan keadaan mereka," katanya ketika melawat mangsa di Hospital Ampang di sini.

Sambil meminta pihak berkuasa mengheret mereka yang terlibat dengan keganasan rumah tangga dibawa ke muka pengadilan, beliau juga mengingatkan kaum lelaki agar bertanggungjawab, sabar dan bertolak ansur serta tidak terlibat dengan jenayah keganasan rumah tangga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan