Sektor Swasta Digalak Laksanakan Pendidikan Pra Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KODIANG: Kerajaan akan memperkasakan pendidikan pra sekolah dengan menggalakkan sektor swasta turut seiringan dengan kerajaan dalam melaksanakannya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan juga akan membantu sektor swasta yang melaksanakan pendidikan pra sekolah, namun bantuan itu hanya akan diberikan kepada sektor swasta yang mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.

Antara bantuan yang akan disalurkan termasuk geran pelancaran selain latihan kepada bakal guru pra sekolah, kata beliau semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan warga pendidik kawasan Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, geran pelancaran itu hanya akan ditawarkan kepada sektor swasta yang telah mempunyai guru terlatih dan mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.

Tawaran kemudahan kepada sektor swasta yang berminat untuk mewujudkan pra sekolah akan diumumkan tidak lama lagi, katanya.

Kerajaan juga, katanya, menggalakkan kewujudan kelas-kelas pra sekolah termasuk di rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak dan pelaksanaannya akan dibuat dalam tempoh tiga bulan lagi.

Beliau berkata sistem pendidikan adalah perlu di mana-mana sahaja sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, malah ia turut diperkuatkan dengan penyertaan beberapa jabatan lain termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Muhyiddin berkata berdasarkan kajian kementeriannya, sebanyak 67 peratus daripada kalangan pelajar di negara ini mengikuti pengajian pra sekolah sebelum melangkah ke Tahun satu.

"Kerajaan meletakkan sasaran supaya dalam tempoh tiga tahun akan datang peratusan itu akan meningkat kepada 87 peratus," katanya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan para guru supaya menjadikan profesion perguruan sebagai satu amanah negara yang perlu mereka laksanakan dengan penuh dedikasi.

Katanya 20 daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) kerana kehebatan sekolah-sekolah terbabit dalam akademik dan bidang yang lain.

"Ini tidak bermakna sekolah-sekolah lain dianggap bermutu rendah, sebaliknya mereka juga boleh cemerlang seperti SBT yang lain," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan memberi tekanan kepada guru sehingga mengabaikan rumah tangga semata-mata untuk mewujudkan sekolah yang terbaik.

Timbalan Perdana Menteri berkata para pengetua dan guru besar yang berjaya meningkatkan kecemerlangan sekolah-sekolah mereka akan diberi insentif yang sewajarnya.

Muhyiddin juga mengingatkan para guru supaya sentiasa berusaha memartabatkan bahasa Malaysia selain memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris.

Katanya kerajaan mengambil kira pelbagai pandangan daripada rakyat dalam melaksanakan sesuatu dasar dan yang demikian, bahasa Malaysia akan tetap disuburkan dalam sistem pendidikan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan