PKR Mahu Anjur Perhimpunan Sepanjang Prosiding

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun usaha menghimpunkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah di Jalan Duta di sini semalam untuk berarak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta gagal, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan menganjurkan perhimpunan sepanjang prosiding kes liwat melibatkan penasihat parti itu.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua ketika ditemui berkata, malah lebih daripada itu pihaknya juga akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada para penyokong yang tidak dapat hadir di mahkamah.

"Demonstrasi ini adalah satu permulaan, satu ulangan yang sangat biasa yang telah menyaksikan tanahair kita menghadapi krisis seperti pada tahun 1998," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum itu hanya 20 penyokong Anwar hadir di perkarangan masjid terbabit sambil merentangkan kain tertera mesej "Perhimpunan Bantah Fitnah 2" dan "Kembalikan Keadilan Kepada Anwar".

Tian Chua kemudiannya berucap di hadapan penyokong Anwar di luar perkarangan masjid. Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang ditemui berkata, polis bersedia menghadapi sebarang perhimpunan haram sepanjang prosiding Anwar sehingga selesai.

"Kita akan hadapinya (perhimpunan haram) hari demi hari. Polis akan bertindak terhadap apa-apa yang melanggar undang-undang.

"Polis juga meminta mereka hormat mahkamah. Di sini tempat mencari keadilan, oleh itu, mereka perlu hormat mahkamah," tegasnya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan