Pemimpin Dan Anggota Umno Angkuh Digesa Kikis Tabiat Itu

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Pemimpin dan anggota Umno digesa mengikis tabiat buruk angkuh mereka agar hati orang ramai dapat ditawan semula untuk menyokong parti ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Umno kini sedang bekerja keras untuk memikat semula sokongan orang ramai setelah menerima keputusan mengecewakan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

"Tidak ada masa untuk kita mengamalkan sikap keangkuhan dalam parti ini kerana pilihan raya umum ke-13 dijangka dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Juara Rakyat di Baling, Kedah.

Menurutnya memang tidak dinafikan ada sesetengah anggota Umno mengamalkan sikap ego dan angkuh dalam parti tetapi mereka hendaklah membetulkan apa yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sikap angkuh merupakan salah satu punca utama Barisan Nasional (BN) menerima keputusan teruk pada pilihan raya umum lepas.

"Orang ramai akan membenci pemimpin yang menjauhkan diri daripada masyarakat, sukar untuk ditemui, apa lagi pemimpin yang megah dan angkuh," tegas beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata program itu menyaksikan acara jangka panjang Umno untuk memahami punca masalah orang ramai dan mencari cara yang paling baik bagi menyelesaikannya.

"Kita mestilah tunjukkan bahawa parti kita ialah juara orang ramai dan pemimpin parti di semua peringkat berusaha memenuhi aspirasi orang ramai di negara," kata Hishammuddin.

Beliau berkata parti itu mestilah bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa B Nsentiasa menghargai sentimen orang ramai melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan.

"Semua pemimpin Umno mesti bekerja kuat bagi mengukuhkan parti sebelum pilihan raya umum agar parti itu tidak akan dilupakan dan hanya kekal sebagai satu ingatan pada masa akan datang," kata beliau.

Antara pemimpin Umno yang hadir pada pelancaran itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan