PAS Perlu Tetapkan Pendirian Sebelum Tawar Berbincang - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS perlu lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.

"Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju, ada masa tutup, jadi saya tak tahu apa pendirian sebenarnya.

"Saya nak tungu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita," katanya pada sidang akhbar di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru di sini selepas melakukan tinjauan mesra ke Kampung Baru hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan timbalannya Datuk M.Saravanan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Najib berkata demikian ketika ditanya pendirian Umno berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya jika kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Najib berkata pendirian tidak tegas dan sikap berdolak-dalik pemimpin PAS itu membuatkan Umno tidak boleh membuat keputusan atas pelawaan itu ketika ini.

Umno sebelum ini pernah menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan PAS mengenai kepentingan umat Islam selepas idea mengenainya dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti itu tahun lepas.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada Nik Abdul Aziz sehingga beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas bagi membincangkan isu itu, dan akhirnya PAS terpaksa akur dan perbincangan dibatalkan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno menghabiskan masa lebih 50 tahun untuk menyerang pergerakan Islam seperti PAS, sebaliknya Najib berkata Umno adalah parti sebenar yang membangunkan Islam di negara ini.

"Kita tak menyerang pergerakan Islam, kita menegakkan Islam di dalam negara kita. Kita membangunkan Islam dalam negara kita, yang mana Umno lah yang menjadi parti yang sebenarnya membangunkan Islam di tanah air kita ini, pada hakikatnya...jadi tidak benar apa yang mereka kata.

"Yang kita berbeza pendapat ialah dengan cara PAS. Politik PAS itu yang kita bezakan sebab PAS adalah parti politik. PAS tidak disamakan dengan Islam, PAS pada hakikatnya adalah sebuah parti politik...ini yang saya nak tegaskan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan