Kronologi Kes Anwar-Saiful Hari Ketiga

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Berikut adalah kronologi perbicaraan kes yang akan disambung prosidingnya Isnin depan:

9.28 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sambil ditemani isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail dan seorang anak perempuannya.

9.38 pagi: Ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh dan Gobind Singh tiba di mahkamah.

9.43 pagi: Dua anak perempuan Anwar tiba di mahkamah.

9.45 pagi: Prosiding hari ketiga perbicaraan berlangsung.

10.00 pagi: Khabar angin mengatakan para penyokong Anwar akan membuat demonstrasi dengan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke mahkamah selepas solat Jumaat.

10.14: Dua trak penyembur air dan tiga trak membawa pasukan simpanan persekutuan (FRU) masuk ke perkarangan mahkamah.

10.30: Pasukan polis dan wakil media telah memenuhi perkarangan kondominium Desa Damansara bagi menantikan lawatan kedua dari mahkamah ke tempat kejadian.

11.15 pagi: Perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful ditangguh untuk membuat lawatan ke tempat kejadian bagi kali kedua di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara.

12.02 tengahari: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tiba di tempat kejadian diiringi lapan buah kenderaan termasuk yang membawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

12.10 tengahari: Anwar tiba di tempat kejadian ditemani isterinya dan pasukan peguam bela.

12.50 tengahari: Hakim Mohamad Zabidin meninggalkan bangunan tempat didakwa berlaku kejadian setelah melawat hampir 40 minit diikuti Mohd Saiful dan Anwar.

2.00 petang: Demonstrasi tidak berlaku kerana prosiding mahkamah hari ini ditangguhkan ke Isnin hadapan kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

2.25 petang: Tian Chua bagaimanapun berucap kepada kira-kira 20 penyokong Anwar di pekarangan masjid. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

2.35 petang: Penyokong bersurai.

3.15 petang: Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan menyatakan keadaan terkawal dan tiada perhimpunan haram berlaku. Yang ada hanyalah cubaan untuk berkumpul secara haram di pekarangan masjid berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan