Fakta Kes Perbicaraan Anwar-Saiful Hari Ketiga - Berita Semasa | mStar

Fakta Kes Perbicaraan Anwar-Saiful Hari Ketiga

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Prosiding ketiga hari ini disambung dengan keterangan Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat oleh Anwar.

Pelbagai bahan bukti dibawa ke mahkamah dan fakta bagi kes berprofil tinggi itu menjadi perhatian umum.

Antara topik yang menjadi perbualan di pekarangan mahkamah setelah prosiding itu selesai jam 11.15 pagi tadi ialah Anwar menghadiahkan seluar denim jenama Levis yang dipakai ketika Saiful mendakwa dirinya diliwat.

Selain itu, Pihak pendakwa turut mengemukakan bukti-bukti lain seperti:

- 2 helai seluar dalam berjenama Levi's, yang mana salah satunya dipakai ketika kejadian didakwa berlaku.

- 2 helai baju berjenama Ralph Lauren dan G2000 termasuk yang dipakai pada hari yang sama.

- Satu tiub jeli pelincir KY Jelly.

- Calitan daripada mulut, puting, tonsil, badan dan sekitar dubur.

- 2 sampel darah.

- Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Saiful masuk dan keluar dari Kondominium Desa Damansara pada hari kejadian.

Saiful turut menceritakan kepada mahkamah bagaimana dia boleh diterima bekerja dengan Anwar. Mahkamah turut melawat semula tempat kejadian kes liwat itu berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Lawatan diketuai Hakim Mahkamah, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilihat tiba di perkarangan Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada jam 12.02 tengah hari diiringi 15 buah kenderaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan