Enjin Hilang Jet Pejuang Generasi Lama, Kata Najib

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, yang dikesan di Uruguay walaupun barang-barang itu bukan aset strategik kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kedua-dua enjin itu untuk kuasa jet pejuang F5 berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada tahun 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini hari ini, katanya nilai enjin tersebut ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18, kata beliau.

Katanya enjin pesawat itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik.

Enjin itu dilaporkan hilang dari dua kemudahan TUDM pada 20 Disember, 2007 dan 1 Jan, 2008.

Dua orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung dengan kehilangan enjin itu dan kedua-duanya meminta dibicarakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan