Polis Pahang Tumpu 23 Lokasi Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang akan memberi tumpuan ke atas 23 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas di negeri itu dalam Ops Sikap ke-21 bermula Ahad ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, Supritendan Mohd Fauzi Abdul Rahim berkata, seramai 350 anggota dan pegawai akan terbabit dalam operasi selama 15 hari itu di daerah Bentong, Rompin, Lipis dan Kuantan.

Katanya, lokasi tumpuan bagi daerah Kuantan ialah di Kilometer (KM) 36 hingga KM48 Jalan Kuantan-Maran berhampiran Maju Ternak, KM11 hingga KM20 Jalan Kuantan-pintasan berhampiran Perumahan Damansara dan KM32 hingga KM35 Jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Sungai Ular.

Di daerah Bentong pula, katanya, lokasi tumpuan adalah di KM75 Jalan Kuala Lumpur-Karak dan KM7 Jalan Bentong-Raub dan satu lokasi di daerah Lipis iaitu KM59 Jalan Kuala Lipis-Gua Musang berdekatan Merapoh.

Mohd Fauzi memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa daerah Rompin pula mambabitkan Jalan Kuantan-Segamat iaitu di KM104 hingga KM110, KM112 hingga KM115 dan KM120 hingga KM124.

"Bagi daerah Maran pula adalah di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur iaitu KM66 hingga KM82, KM95 hingga KM102 dan KM108 hingga KM112 sementara daerah Temerloh di laluan Kuantan-Kuala Lumpur KM123 hingga KM125 dan KM162 hingga KM168," katanya.

Menurutnya, di daerah Lipis pula adalah di KM69 Jalan Lipis-Merapoh dan KM7 Jalan Bentong-Raub dan di daerah Raub pula adalah di KM325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu manakala di Jerantut adalah di KM2 hingga KM4, KM15 hingga KM24 Jalan Jerantut-Benta dan KM42 hingga KM56 Jalan Jerantut-Kota Gelangi sementara di Bera adalah di KM30 dan KM48 Jalan Temerloh-Bahau.

Mohd Fauzi menasihatkan pemandu supaya memberikan sepenuh perhatian ketika memandu dan mematuhi had laju yang ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan