Najib Mahu Umat Islam Negara Ini Hormati Agama Lain

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menghormati penganut agama lain sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sirah Nabi Muhammad.

Beliau berkata ajaran Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia sama ada antara sesama Islam mahupun dengan bukan beragama Islam sambil memberikan contoh kemuliaan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa menghormati kaum dan penganut agama lain.

"Dalam Al-Quran ada ayat yang melarang secara khusus tindakan mencaci, mencerca ataupun mengkhianati agama lain termasuk tempat ibadah agama lain.

"Maknaya kalau kita (orang Islam) membakar tempat ibadah agama lain misalnya, orang (penganut agama) lain juga akan melakukan (perkara sama) terhadap tempat ibadat umat Islam," katanya ketika merasmikan Masjid Asy-Syuja'ah Merlimau Utara di Jasin, di sini semalam.

Najib berkata apabila seseorang itu mengamalkan Islam dengan sepenuhnya dengan menghormati penganut agama lain, secara tidak langsung penganut lain akan menghormati mereka.

Perdana Menteri berkata gagasan 1Malaysia juga bersandarkan kepada prinsip agama selain daripada prinsip keadilan sosial. Masjid Asy-Syuja'ah yang dibina dengan kos RM4.6 juta, mampu menampung 3,000 jemaah pada satu masa.

Sementara itu, pada sidang media selepas melawat perkampungan nelayan di Pantai Siring di Merlimau, Najib berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan projek menaik taraf kemudahan di perkampungan itu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh antaranya meliputi pembinaan tiga jeti dan pemecah ombak.

"Bukan serta merta tapi boleh katakan awal 2011 kita boleh buat projek ini,' katanya.

Terdahulu anggota Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah yang mengiringi Najib pada lawatan itu telah memohon kepada Perdana Menteri peruntukan kira-kira RM31 juta untuk membina kemudahan tambahan di perkampungan itu.

Katanya peruntukan itu untuk menaik taraf muara Sungai Umbai, Pantai Siring, Sungai Serkam dan Sungai Sempang serta pembinaan tiga jeti baru dan projek pemecah ombak. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan