Ketua Penolong Pengarah JSJK Bukit Aman Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK), Senior Asisten Komisioner II Mohd Hazam Abd Halim maut dalam kemalangan di KM 419.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala susur masuk Bukit Tagar, Hulu Selangor tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Perdana yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin dipercayai terbabas dan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.

Mohd Hazam, 50, ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Ipoh, selepas menghadiri mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, Mohd Hazam yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandunya yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Nooryah Md Anvar yang dihubungi berkata, jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tunku Jaafar, Seremban.

Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat di Makam Haji Said, Taman Tunku Jaafar. Sebelum ini, Mohd Hazam pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan