Ketua Hakim, Peguam Negara Antara Penceramah Utama Persidangan Undang-Undang Malaysia - Berita Semasa | mStar

Ketua Hakim, Peguam Negara Antara Penceramah Utama Persidangan Undang-Undang Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail adalah antara penceramah utama pada Persidangan Undang-Undang Malaysia ke-15 yang dijadual pada Julai ini.

Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata persidangan tiga hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 29 Julai.

Bekas Hakim Kanan dari United Kingdom Lord George Bingham dijangka menyampaikan ucaptama mengenai "Peraturan Undang-undang: Apakah maknanya kepada Hakim dan Peguam", sementara Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan Sandile Ngcobo akan bercakap mengenai "Pemulihan Perlembagaan: Pengalaman Afrika Selatan", semasa sesi plenari.

Penceramah lain termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Singapura V. K. Rajah dan Hakim Mahkamah Tinggi Australia Michael Kirby, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Persidangan bertema "Undang-undang Malaysia: Menjangkau Batasan, Meluaskan Ruang Lingkup" dianjurkan badan itu dijangka membincangkan 23 topik termasuk fitnah, harta intelek dan kecuaian profesional.

Lim berkata persidangan itu terbuka kepada semua anggota Badan Peguam Malaysia dengan bayaran pendaftaran RM1,200, sementara bukan anggota pula dikenakan RM1,500.

Pendaftaran perlu dibuat sebelum 12 Julai. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web www.malaysianbar.org.my atau di talian 03-20260864 atau 03-20260129. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan