Kes Anwar Disambung Isnin Depan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan Kes Liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Isnin depan, 8 Februari pukul 9.30 pagi.

Penangguhan itu dibuat setelah pihak mahkamah menjalankan prosiding yang masuk hari ketiga hari ini selepas hakim, pihak pendakwaan, dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, pihak pendakwa dan pembela kes ini dilihat keluar dari Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada pukul 12.5O tengah hari selepas meluangkan masa lebih 45 minit membuat pemeriksaan kali kedua ke Unit 11-5-1 di kondominium didakwa tempat kejadian berlaku setelah berbuat demikian semalam.

Sementara itu, prosiding ketiga hari ini disambung dengan keterangan Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Pada prosiding yang sama, Mohd Saiful turut memberi keterangan terhadapa sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya turut dijadikan bahan bukti.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu juga turut memberitahu mahkamah bahawa seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada bekas majikannya itu.

Mahkamah turut diberitahu oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, bahawa pemeriksaan utama terhadap pengadu sudah selesai.

Mohd Saiful adalah saksi pertama kes yang memberi keterangan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan