Kecoh Ketika Gabungan Sedang Serah Memorandum

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Suasana kecoh berlaku semasa sekumpulan wakil dari 30 badan bukan kerajaan Melayu "Gabungan Sedaq" yang diketuai Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Lim hanya mewakilkan Pegawai Khasnya untuk menerima memorandum tersebut.

Gabungan itu yang mahu berjumpa sendiri dengan Lim, bagaimanapun enggan menyerahkannya kepada pegawai berkenaan.

Gabungan itu kemudiannya bertindak membakar kertas memorandum itu dan patung yang menyerupai Lim di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kemudiannya memberitahu pemberita, perhimpunan yang disertai kira-kira 3,000 orang itu diadakan bagi membela nasib peniaga Melayu Pulau Pinang yang dikatakan telah ditindas oleh kerajaan negeri.

Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.

Perhimpunan itu mengakibatkan kesesakan teruk di pusat bandar Georgetown, sebelum disuraikan oleh kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan