Jurukamera Terkejut Mangsa Nahas Pegawai Polis Kenalannya.

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Apabila wartawan jurukamera TV3, Shamsul Liani Abas mendapat maklumat mengenai kematian seorang pegawai polis dalam nahas jalan raya malam tadi, dia terus menghantar SMS memberitahu kejadian itu kepada kawan rapatnya, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim.

Shamsul Liani, 45, menghantar mesej itu ketika dalam perjalanan membuat liputan kemalangan itu dan apabila tiba di tempat kejadian beliau mendapati mangsa kemalangan jalan raya yang sedang dirakam gambarnya adalah Mohd Hazam.

Mohd Hazam terbunuh apabila kereta yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin, dilaporkan terbabas melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di susur keluar ke Bukit Tegar, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur dari sini hari ini, Shamsul Liani berkata, sebelum tiba di tempat kejadian, beliau mendapat maklumat ada seorang pegawai polis terbunuh dalam kemalangan jalan raya, dan baginya, berita itu akan menjadi antara tajuk besar esok.

"Selepas menghampiri plaza tol Jalan Duta, sekali lagi saya menerima maklumat bahawa pegawai yang terbunuh berpangkat Senior Asisten Komisioner II dan kemudiannya saya diberitahu pula bahawa yang terbunuh berpangkat Datuk.

"Saya terfikir dalam hati, Datuk mana yang meninggal dunia ini. Memandangkan saya dan Allahyarham sering bertukar maklumat, saya kemudian menghantar satu laporan ringkas mengenai kemalangan itu ke telefon bimbit Allahyarham," katanya.

Ketika tiba di tempat kejadian beliau menghalakan kameranya ke dalam kereta dan terkejut besar kerana mendapati yang terbunuh itu merupakan Mohd Hazam.

Shamsul Liani berkata, disebabkan rasa terkejutnya itu, beliau hampir tidak dapat menjalankan tugasnya kerana seluruh badannya menggeletar.

Di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, puluhan orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai serta anggota polis hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham yang dikebumi sebelum solat Jumaat hari ini.

Antara yang hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Salleh Osman dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Mohamad berkata, pemergian Mohd Hazam ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana usianya yang masih muda.

"Saya berharap isteri Allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Mohd Hazam meninggalkan isteri Datin Siti Norziah Abdullah, 42, Ahmad Muhaimin, 19 tahun, Ahmad Muhazran, 17, Najwa Hasmidar, 16, Najwa Hazwani, 14, Najwa Haziqah, 8 dan Mohd Amirul Irfan, 5 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan