Isteri Ahli Politik Disimbah Sejenis Cecair

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak dilaporkan disimbah dengan sejenis cecair oleh penunggang motosikal berhampiran bangunan Sanyan di Jalan Sanyan di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika Irene Chang, seorang peguam mahu membuka pintu keretanya apabila dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

"Salah seorang daripada mereka, tiba-tiba menyimbah sejenis cecair kepadanya sebelum kedua-duanya memecut dari situ," kata Wong Ho Leng mengenai kejadian yang dialami isterinya itu.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek berkata, isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana hanya sedikit sahaja cecair tersebut yang mengenainya, tetapi isterinya terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada isterinya. Beliau juga tidak mengetahui motif serangan.

Tahun lalu, dua kejadian membaling bahan letupan yang dipercayai mercun dilaporkan dilempar ke rumahnya, tetapi polis gagal menyelesaikan kes itu kerana kekurangan bukti. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan