DPPIMNJ Bangun Perdagangan Bumiputera

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia Negeri Johor (DPPIMNJ) akan membangunkan masyarakat perdagangan Bumiputera yang berdaya saing, berteknologi dan bertaraf global.

Presidennya, Md Salikon Sarpin berkata, penubuhan DPPIMJ telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 12 Januari lepas.

"Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa kajian mengenal pasti peluang, latihan, kursus, pelaburan, pengeluaran, pemasaran, keusahawanan dan lain-lain lagi dilaksanakan," katanya di dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang juga bekas Exco Negeri Johor dan kini Pengerusi Syarikat Cyberport Holding berkata, untuk mencapai matlamat dan usaha ke arah itu adalah amat berat serta besar.

Oleh itu, beliau dan DPPIMJ memerlukan semangat gotong-royong daripada semua pihak yang berpengalaman dalam semua bidang. DPPIMJ menurut Md Salikon, juga akan menjalin hubungan yang rapat dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Iskandar Investment Berhad (IIB), kerajaan Johor dan pusat.

"Semoga apabila menjelangnya tahun 2025, Iskandar Malaysia yang telah menjadi metropolitan bertaraf antarabangsa akan dapat dinikmati bersama dengan penuh kepuasan dan kebanggaan," katanya.

Timbalan Presiden DPPIMJ ialah, Datuk Ahmad Kemin, Pengerusi Mutiara Motors Sdn Bhd.

DPPIMJ beralamat di MSC Cyberport, Tingkat 29 dan 30, Menara MSC Cyberport, Jalan Bukit Meldrum, Johor Baharu.

Semenjak dilancarkan pada 2006, Iskandar Malaysia yang mempunyai keluasan tanah dua kali ganda saiz Singapura atau 2,300 km persegi merangkumi beberapa daerah di selatan Johor telah berjaya menarik sejumlah RM55 bilion pelaburan dalam dan luar negara.

Ia juga telah berjaya mewujudkan 44,000 pekerjaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan