Datuk Nasir Safar Akan Letak Jawatan Sebagai Pegawai Khas PM

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri."

"Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.

"Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak.

"Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya," menurut kenyataan tiga perenggan itu. Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu, yang menyelar Nasir bagi kenyataannya itu berkata ia tidak mencerminkan pendirian kerajaan dan ia telah menyinggung perasaan kaum India Malaysia.

"Pandangan beliau jauh bertentangan dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di bawah gagasan 1Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata Nasir patut dihukum mengikut Akta Hasutan bagi kenyataan menghina itu.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda MIC Shivarraaj malam ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu di Balai Polis Sentul di sini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan segera yang diambil oleh Najib sebagai respon kepada kenyataan menghina oleh Nasir menunjukkan keseriusan dan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan