Ulama, Ilmuwan Islam Diminta Tangani Kekeliruan

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Cabaran besar para ulama dan ilmuwan Islam pada masa ini ialah untuk menangani kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terutamanya berkaitan sensitiviti agama, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, kekeliruan itu berpunca daripada salah faham mengenai Islam disebabkan kecenderungan untuk memahaminya secara cetek tanpa berpandukan pemikiran rasional, rohani dan luhur.

"Dari situ, muncullah fahaman-fahaman ekstrem yang menggugat perpaduan sesama umat Islam dan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama," katanya semasa merasmikan Multaqa Ulama dan Imuwan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi menghadapi kemelut itu, ulama dan ilmuan Islam harus memupuk budaya ilmu dan tradisi intelektual umat Islam melalui dakwah dan tarbiyah sebagaimana dilakukan pemikir agung Islam alam Melayu terdahulu.

Mereka juga katanya, perlu mempelopori usaha untuk mewujudkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang amat penting dalam sebuah masyarakat majmuk di negara ini.

Muhyiddin berkata, tanggapan yang salah mengenai sesuatu agama boleh mengguris perasaan penganut agama lain dan seterusnya mencetuskan suasana tidak harmoni di mana pertelingkahan kecil boleh menjadi perbalahan besar dan tidak dapat dikawal.

"Tanggapan yang salah terhadap sesuatu agama boleh dielakkan sekiranya pemimpin-pemimpin agama mengambil tindakan proaktif mengadakan perbincangan secara ilmiah untuk memahami sensitiviti penganut agama lain," katanya.

Beliau berkata, ulama dan ilmuwan Islam boleh memainkan peranan aktif dalam menganjurkan perbincangan dan dialog untuk memberi penjelasan mengenai Islam dan memupuk persefahaman antara agama.

Muhyiddin berkata, dengan kekuatan ilmu yang mereka ada, ulama dan ilmuwan Islam mempunyai kewibawaan untuk mencetus satu gelombang kepimpinan intelektual dan moral ke arah memperkukuh perpaduan dan menjana kemajuan ummah bagi mencapai kemajuan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan pada multaqa bertemakan Ulama dan Ilmuwan Benteng Kemuliaan Ummah yang dihadiri lebih daripada 500 peserta itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan