Tun Zaki Azmi Antara Penceramah Utama Pada Persidangan Undang-undang Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail adalah antara penceramah utama pada Persidangan Undang-Undang Malaysia ke-15 yang dijadual pada Julai ini.

Naib Presiden Badan Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata persidangan tiga hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 29 Julai.

Bekas Hakim Kanan dari United Kingdom Lord George Bingham dijangka menyampaikan ucaptama mengenai "Peraturan Undang-undang: Apakah maknanya kepada Hakim dan Peguam", sementara Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan Sandile Ngcobo akan bercakap mengenai "Pemulihan Perlembagaan: Pengalaman Afrika Selatan", semasa sesi plenari.

Penceramah lain termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Singapura V. K. Rajah dan Hakim Mahkamah Tinggi Australia Michael Kirby, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Persidangan bertema "Undang-undang Malaysia: Menjangkau Batasan, Meluaskan Ruang Lingkup" dianjurkan badan itu dijangka membincangkan 23 topik termasuk fitnah, harta intelek dan kecuaian profesional.

Lim berkata persidangan itu terbuka kepada semua anggota Badan Peguam Malaysia dengan bayaran pendaftaran RM1,200, sementara bukan anggota pula dikenakan RM1,500.

Pendaftaran perlu dibuat sebelum 12 Julai. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web www.malaysianbar.org.my atau di talian 03-20260864 atau 03-20260129. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan