Tahap Komersil Harta Intelek Masih Rendah

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tahap pengkormersilan harta intelek di Malaysia masih rendah, dengan nilai produk yang telah dikomersilkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan, hanya 3.4 peratus daripada dana yang diperuntukkan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Maximus Ongkili hari ini berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Mosti menguruskan dana R&D berjumlah RM27 bilion bagi portfolio dana inovasi, sains dan dana tekno.

Beliau berkata, bagi memperhebat lagi usaha pengkomersilan, kerajaan telah menggubal dasar pengkomersilan harta intelek bagi R&D, dengan penerima dana menjadi pemilik unggul bagi harta intelek yang dihasilkan.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Bahagian Mosti, Mohamad Batri.

Menerusi dasar ini, kerajaan juga memperuntukan insentif sebanyak RM15,500 untuk penyelidik yang berjaya menghasilkan paten. Mereka akan mendapat royalti 80 peratus daripada hasil pengkomersilan itu.

"Pada 2009, sebanyak 270 paten didaftarkan di MyIPO. Salah satu Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian ialah untuk meningkatkan jumlah paten pada kadar 10 peratus tahun ini," kata Ongkili semasa merasmikan produk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Virefly.

Virefly ialah simulator pesawat ringan "Full motion Six-Axis".

Ia dihasilkan oleh pembangun perisian MSC Malaysia, Akriz Sdn Bhd dengan usaha sama Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dan dana tekno Mosti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan