Rahsia Kementerian Pertahanan Bocor

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara.

Katanya, beliau akan memaklumkan segera penemuan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tindakan membocorkan rahsia negara dan usaha mendapatkannya oleh sebuah kedutaan asing merupakan jenayah yang serius.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

"Saya akan membuat satu pengumuman selepas berjumpa dengan Perdana Menteri secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan siasatan melalui Kor Risik ATM, pihaknya yakin terdapat individu yang diupah oleh kedutaan terbabit yang mengambil peluang berada di negara ini menjalankan kegiatan itu.

Katanya, pihaknya sedang mengemaskinikan maklumat yang tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk diperketatkan agar tidak lagi berlaku kebocoran terutama selepas kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, kegagalan mengawal kebocoran maklumat rahsia kepada anasir luar adalah tidak wajar kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti penjawat awam dan menjejaskan keharmonian negara.

"Sejak berlaku kes kehilangan enjin dan beberapa kes (kebocoran maklumat) yang melibatkan pegawai berpangkat rendah sebelum ini, pihaknya sentiasa memantau agar setiap penjawat awam yang berurusan dengan maklumat berdarjah (rahsia besar/rahsia/sulit) sentiasa patuh kepada akta tersebut.

"Kita tidak mahu siapa pun anggota ATM, tidak kira pangkat, terlibat dalam penjualan keluar maklumat... jangan kita terpedaya dengan mendedahkan maklumat demi kepentingan peribadi," katanya.

Dalam ucapannya semasa perhimpunan bulanan kementeriannya, Ahmad Zahid berkata, penjawat awam dan anggota ATM perlu sedar pentingnya keselamatan negara sebagai teras dalam misi nasional menjayakan pelan pembangunan nasional.

"Kegagalan kita dalam memastikan perkara ini boleh menganggu keselamatan negara dan ini akan menggoyahkan keupayaan pertahanan negara," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sekiranya ekonomi negara kembali pulih dalam masa terdekat ini, kementerian akan mempertimbangkan kenaikan kadar baru gaji dan elaun ATM sepertimana yang diperolehi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menikmati skim perkhidmatan baru semalam.

Ahmad Zahid kemudian menerima kunjungan hormat Ketua Staf Tentera Udara Peranchis Jeneral Jean-Paul Palomeros kira-kira 20 minit di pejabatnya di kementerian itu di sini.

Terdahulu, beliau melancarkan Talian Bebas Tol Aduan Mindef 1-800-222-700 sebagai talian utama mengenai aduan, bantuan dan pertanyaan berhubung kementeriannya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Zahid turut melancarkan Kempen Derma Darah Mindef.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan merupakan penyumbang terbesar kepada bekalan Pusat Darah Negara tahun lepas dengan lebih 18,000 penderma di kalangan warga ATM, pelatih Program Latihan Khidmat Negara dan agensi lain.

Jumlah itu merupakan lima peratus daripada keseluruhan kutipan darah oleh Pusat Darah Negara di seluruh negara, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan