Prosiding Kes Liwat: Saiful Beri Keterangan Secara Tertutup

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyambung prosiding kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya yang juga pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan secara tertutup.

Prosiding kes itu berjalan lancar berikutan tidak ramai penyokong Anwar yang hadir.Keadaan di mahkamah juga dikawal ketat oleh pihak polis yang tidak membenarkan pelawat dan jurugambar masuk ke dalam mahkamah.

Anwar yang tiba dipekarangan mahkamah pada jam 9.25 pagi tanpa ditemani oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail manakala Saiful tiba 10 minit lebih awal daripada Anwar.

Prosiding In-Camera yang bermula 10.30 pagi ini berakhir kira-kira pukul 11 pagi dengan pihak pendakwaan, pembelaan dan Hakim pergi ke Kondominium Desa Damansara.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jonson Chong memberitahu, prosiding on-site di kondominium itu adalah terbuka dan bukannya in-camera.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan