Pertelingkahan PKR, DAP Pulau Pinang Telah Dijangka

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang sudah dijangka berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih teraju pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, ini berdasarkan gabungan pembangkang merupakan 'perkahwinan' yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi kepada rakyat.

"Dari dulu sudah dijangka permasalahan akan timbul dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang kerana perkahwinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk PAS adalah perkahwinan tidak sekufu yang bererti tidak setaraf dan setanding kerana mereka mempunyai falsafah politik yang berbeza matlamat antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, menggesa rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan pakatan pembangkang itu memandangkan tiada sebarang perubahan berlaku sejak negeri itu ditabdir di bawah Lim Guan Eng.

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang harus bijak membuat perbandingan tentang kebaikan yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dan kembali menyokong B Nberikutan masih ada masa sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, rakyat negeri itu perlu membuat perbandingan terutama selepas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tampil mendedahkan situasi sebenar di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pembangkang tidak harus berterusan menuduh krisis itu disebabkan oleh Umno atau BN, sebaliknya mereka harus bijak menangani segala pergolakan yang berlaku.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak patut bersikap sebagai pembangkang kerana sudah jadi kerajaan di negeri itu, mereka tidak boleh menyalahkan pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas ketua menteri) tapi tidak melakukan perubahan dan tidak selesaikan masalah rakyat.

"Saya tidak mahu menempelak kerajaan Pulau Pinang tetapi mahu orang Pulau Pinang membuat perbandingan tentang kebaikan kerajaan BN," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan