Pemandu Bas Ekspres Kesal Laporan Akhbar Gelar Mereka Pelesit

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kira-kira 37 pemandu bas ekspres di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan laporan berita sebuah akhbar tempatan yang merujuk pemandu bas ekspres dengan gelaran 'pelesit'.

Wakil mereka, Meor Johari Meor Abu Bakar berkata, penggunaan istilah pelesit dalam laporan akhbar berkenaan bulan lepas itu dilihat berniat jahat, melampau, dan menjatuhkan maruah pemandu-pemandu bas ekspres.

"Gelaran pelesit buat pemandu bas adalah kerterlaluan, seolah-olah pemandu bas mengabaikan keselamatan penumpang," katanya dalam satu sidang media di sini.

"Laporan itu mungkin bertujuan untuk menyedarkan tetapi istilah yang digunakan begitu berkesan bukan sahaja kepada kami pemandu-pemandu, malah turut melibatkan maruah kaum keluarga kami," katanya.

Beliau berkata, ekoran penyiaran artikel itu, para pemandu bas berasa malu dan bimbang masyarakat memandang serong serta beranggapan negatif terhadap mereka.

Menurutnya, beliau bersama beberapa rakan pemandu bas ekspres sudah mengambil inisiatif mengumpul tandatangan 571 pemandu bas ekspres di seluruh semenanjung yang membantah penyiaran laporan berita itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan